Anugerah Juara Lagu ke-17

Anugerah Juara Lagu ke-17 2002 yang diadakan pada 12 Januari 2003 diadakan buat kali ke-17. Kebiasaannya AJL diadakan pada akhir tahun, tetapi bagi edisi ke-17, ia diadakan pada awal tahun berikutnya. Edisi ke-18 diadakan pada 28 Disember tahun yang sama, tetapi selepas itu, AJL bermula dari edisi ke-19 akan diadakan pada awal tahun berikutnya sehingga sekarang. Pertandingan ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lokasi penganjuran sehingga edisi ke-12.Barisan juri edisi ke-17 adalah M. Nasir, Sharifah Aini, Khadijah Hashim (novelis), Ahmad Izham Omar, Habsah Hassan, Freddie Fernandez, Aishah, Khairil Johari Johar dan diketuai oleh Datuk Johari Salleh. Juruaudit dalaman TV3 ialah Puan Zuraidah Atan.